Halaman

Isnin, 5 Disember 2016

Giliran Scott Adkins jadi 'Super Human' dalam 'ACCIDENTMAN


SEBELUM ini beliau sering melakonkan 'watak' belakang tabir bagi menunjukkan kehebatan watak tersebut. Ertikan lain, Scott Adkins sering membuat kerja 'body-double' untuk watak superhero seperti filem X-Men Origins : Wolverine. Kali ini beliau diberi peluang melakonkan watak utama untuk filem superhero baru, Accidentman.

Projek kali ini Scott Adkins kembali bergabung dengan Michael Jai White, Ray Park dan juga dibintangi oleh pelakon seni beladiri wanita sedang laris di Hollywood, Amy Johnston. Seperti biasa, Scott Adkins akan membawa sekali koregrafer kegemarannya, Tin Man ke dalam projek ini. Melihat pada barisan pelakon dan tenaga pakar yang sedia ada, mungkin kita dapat melihat hasil yang memuaskan kelak.


Filem ini adalah adaptasi dari sebuah komik yang ditulis oleh Pat Mills di awal 90-an. Accidentman turut menyatukan Adkins dengan pengarah 'Savage Dog' Jesse V. Johnson. Bintang lain yang turut bakal menjayakan filem ini ialah Ashley Greene (The Twilight Saga) dan Ray Stevenson (Punisher: War Zone).

Secara ringkas filem ini mengisahkan kehidupan Mike Fallon, seorang pembunuh upahan bayaran berprofil tinggi. Fallon telah dikenali kerana sering melakukan pembunuhan dengan membuat rancangan kelihatan seperti sebuah kemalangan terhadap mangsanya. Fallon juga terkenal dengan citarasa 'cinta' berkelas tinggi dan teman wanita glamor.