Halaman

Selasa, 13 Disember 2016

$50 juta untuk hasilkan 'Railroad Tigers' Jackie Chan!


MENURUT The Hollywood Reporter, bintang aksi antarabangsa JACKIE CHAN telah memperuntukkan $50 juta untuk menghasilkan filem aksi komedinya, RAILROAD TIGERS! Hmmm... ada berani ker penerbit filem Malaysia bikin filem berbajet sebegitu? Jawabnyer... 'Kelaut'!!! Istilahnya mudah, "more you give, more you get"... Apa-apapun, filem ini menyatukan kembali Jackie Chan dengan pengarah kegemarannya DING SHENG, yang sebelum ini mengarahkan filem beliau seperti 'Soldier Little Big' dan 'Police Story 2013'.

'Railroad Tigers' akan berlatarbelakangkan zaman masa perang China pada tahun 1941 dan mengisahkan seorang pekerja kereta api yang mengetuai satu pasukan pejuang kemerdekaan yang menggunakan pengetahuan mereka tentang rangkaian kereta api untuk mengganggu 'enjin' perang Jepun dan mencuri makanan untuk penduduk Cina yang kelaparan.

Penerbit cuba membandingkan filem baru ini dengan filem 'Project A' dan 'Drunken Master II', namun begitu filem ini lebih 'mengagumkan' kerana memiliki 'nilai-nilai pengeluaran lebih besar dan set aksi yang lebih hebat!' Apa-apapun, ia sekadar perbandingan, tetapi jika diukur dan dipertimbangkan, filem 'Drunken Master II' masih dianggap sebagai salah satu filem terbaik Jackie Chan setakat ini.