Halaman

Khamis, 10 November 2016

Wesley Snipes Lawan Makhluk Asing Dalam 'The Recall'


INGAT pada filem 'Blade'? Trilogi filem hingga 3 bahagian. Kisah seorang wira menentang keganasan vampire yang memudaratkan manusia. Kali ini dari Vampire, Wesley Snipes (Blade) kembali dengan memburu makhluk asing pula. Filem 'The Recall diterajui oleh pengarah Mauro Borrelli (The Ghostmaker), dibintangi oleh Wesley Snipes bersama Hannah Rose Mei (HBO Ballers) dan RJ Mitte (AMC's Breaking Bad).

Sinopsis : Digambarkan seperti filem 'Cabin Fever' gabungan 'Skyline', filem ini mengisahkan sekumpulan rakan-rakan menghabiskan hujung minggu di sebuah kabin di tasik manakala tanpa pengetahuan mereka makhluk asing telah mula menyerang planet Bumi. Beberapa rakan-rakan mereka diculik dan dibawa ke atas kapal oleh makhluk berada di atas, tinggal Annie dan Charlie terpaksa bergantung harap pada seorang pemburu aneh dan berbahaya yang seolah-olah mempunyai pengetahuan khas berhubung serangan itu. Pemburu itu menjelaskan bahawa ini hari yang ditunggu-tunggu olehnya setelah bertahun-tahun lama menanti ramalan 'extraterrestrials' akan membimbing evolusi bumi. Walaupun dengan bantuan pemburu, Annie dan Charlie akhirnya diculik juga tetapi kembali ke bumi pada keesokan harinya. Apabila mereka bangun, semua orang yang diculik kembali ke kabin bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Apabila siaran berita memberi laporan, barulah mereka mengetahui bahawa planet baru sahaja mengisytiharkan perang ke atas 7 juta individu yang telah diculik dan kembali...

Hak pengedaran antarabangsa untuk filem itu telah diperolehi oleh Vantage Media Antarabangsa. Cuma tidak pasti sama ada filem ini bakal terbit di Malaysia atau tidak. Sama-sama kita tunggu keluaran trailer yang akan datang tidak lama lagi!