Halaman

Rabu, 2 November 2016

Savage Dog : 'Kegilaan' di Indochina Tahun 1958!


PELAKON seni mempertahankan diri dari Chile, Mark Zaror (Redeemer) mengumumkan melalui Instagram beliau bahawa satu projek baru yang melibatkannya dengan 'entittled' SAVAGE DOG. Projek ini menyatukan semula dia dengan 'pesaing'nya dalam filem 'Undisputed 3' iaitu Scott Adkins bersama-sama dengan Juju Chan (Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword Of Destiny).

Tidak ketinggalan lejen dan bekas juara MMA iaitu Cung Le turut terlibat dalam filem ini. Filem sebelum ini yang dibintangi Cung Le adalah filem 'The Bodyguard & The Assassins'. Sumber berita boleh dilihat dalam facebook page Scott Adkins. Apa-apapun, kita nantikan kemunculannya di layar perak, tarikh dan waktu akan diberitahu kelak...