Halaman

Ahad, 13 November 2016

'Buah Tangan' Ringgo Lam yang Terbaru ~ SKY ON FIRE


PENGARAH filem aksi Hong Kong, Ringo Lam (City On Fire) kini kembali dengan sentuhan filem aksi terbaru iaitu SKY ON FIRE, yang dibintangi oleh DANIEL WU (New Police Story). Daniel Wu digambarkan sebagai seorang ejen keselamatan dalam misi untuk melindungi seorang saintis penyelidikan. Filem merupakan kesinambungan filem Ringo Lam yang klasik pada tahun 1987 iaitu 'City On Fire'.

Manakala Daniel Wu menyatakan persetujuan apabila mendapat tawaran untuk filem ini tanpa berfikir panjang. Ceritanya, "Saya berkata ya tanpa membaca skrip kerana John Woo, Ringo Lam dan Tsui Hark adalah lelaki yang telah memulakan gelombang baru filem aksi klasik di Hong Kong dan saya sentiasa mahu bekerja dengan mereka. Filem ini dipanggil Sky on Fire, tetapi ia boleh juga digambarkan sebagai City on Fire 2."

'Sky On Fire' turut dibintangi Simon Yam (SPL), Amber Kuo (Jian Bing Man), Gordan Lam (Trivisa), Joseph Chan (Wild City) dan Leon Lai (White Vengeance). 'Sky on Fire' mengisahkan apabila satu penyelidikan baru menyembuhkan kanser telah berjaya ditemui selepas beberapa tahun penyelidikannya. Tetapi sebelum sel stem baru ini dapat digunakan untuk menyelamatkan dunia, ianya menjadi bahan untuk menimbulkan huru-hara sehingga membawa pada pertempuran maut...